TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang selamat melahirkan anak ketiganya, pada Jumaat lalu.
Berita gembira itu diumumkan oleh suaminya, Shuib yang juga merupakan pelawak terkenal dengan memuat naik sekeping foto bayi mereka menerusi laman Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah tepat pukul 12.27pm hari Jumaat 20 Nov 2015 lahirnya putera ke-3 kami dengan berat 3.1kg. Syukur ke hadrat mu Ya Allah. Terima kasih pada semua yg mendoakan kami sekeluarga.
“Alhamdulillah #persuibofhappyness#babybaru #Alhamdulillah #syukur,” tulis Shuib menerusi foto tersebut.
Bagaimanapun, Shuib masih belum mendedahkan nama bayi lelaki ketiganya itu.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Muhamad mendirikan rumahtangga dengan Sarah Raisuddin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra.
Semoga kehadiran si kecil ini bakal menambah seri dalam keluarga Shuib dan Siti Sarah. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=gF4RvrCTNt4]