Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Cari 2 Remaja...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai mengesa dua...

MKN Hantar Balik 418...

SANDAKAN - Seramai 418 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar balik...

Waris Tragedi Tanah Runtuh...

Alor Gajah : Sejumlah RM80,000 disumbangkan kerajaan kepada dua keluarga mangsa di Melaka,...

Guna Media Sosial Untuk...

KUALA LUMPUR - Pengguna Internet perlu menggunakan media sosial secara positif dan tidak...

Siasatan Guru Besar Hilang Masih Diteruskan – Polis

KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Keramat 1, Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang sejak 23 Okt lepas.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata risikan terperinci masih dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu, 53, yang dipercayai hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu dihentikan pada 10 Nov lepas.

“Setakat ini kami masih belum menemui petunjuk baharu, siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah untuk tampil ke balai polis berhampiran.


Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang 23 Okt lepas.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]A3rrnYUOMSc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori