Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

De Paula Buru Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Penyerang handalan Kuala Lumpur, Guilherme de Paula berazam mendapatkan lebih...

Insiden Pelanggaran Kapal Tak...

JOHOR BAHRU – Pelanggaran kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) USS John S McCain...

Wanita Perlu Kerap Lakukan...

KUANTAN – Golongan wanita diminta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui keadaan...

KPM, Jakim Tentukan Terma...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang berhubung...

Sony Membuka Pra Tempahan Xperia Z5 Hari Ini

SONY Malaysia hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk flagship terbaharu dari mereka, iaitu Xperia Z5.

Telefon pintar dwi-sim pertama mereka dengan skrin 4k ini ditawarkan pada harga RM3099, dan akan memulakan penghantaran peranti sekitar 30 November 2015 kelak.

Xperia Z5 hadir dengan skrin 5.5-inci, menawarkan paparan setinggi 4000 pixel yang mana merupakan resolusi yang sangat tinggi pada telefon pintar.

Disamping itu, peranti dengan sokogan dwi-SIM ini turut hadir dengan kamera belakang 23-megapixel yang sedia menerima pujian ramai pengemar kamera pada peranti mudah-alih.

Telefon pintar ini turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, serta masa bertahan bateri sehingga 2 hari lamanya (2900 mAh).

Sony menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop pada telefon pintar ini, dan hadir dilengkapi antaramuka khusus mereka.

Telefon pintar ini juga turut menawarkan sokongan kalis air dan debu pada piawaian IP65/68.


Sony membuka pra-tempahan hari ini, 11 November 2015, di mana anda yang membuat pra-tempahan hari ini akan menerima Smartwatch 3 dengan Android Wear bernilai RM1099 secara percuma.

Penawaran ini hanya terhad kepada 50 pembeli pertama sahaja, dan yang lain boleh mendapatkan SmartWatch 3 pada harga diskaun.

Selain daripada itu, pihak Sony turut menawarkan beberapa hadiah tambahan percuma untuk pra-tempahan telefon ini, termasuk BSP-10 Bluetooth Wireless Speaker, Layflat Photobook, 3 filem percuma, dan beberapa yang lain.-MYNEWSHUB.CC

Klik di sini untuk pra-tempahan untuk Sony Xperia Z5

Sumber: Sony

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori