Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jenazah Mohd Akasha Dituntut...

MUAR - "Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur selepas hampir empat bulan, jenazah adik saya,...

Disekat Instagram Dek Salah...

PROGRAM image recognition atau pengenalan imej secara automatik sering digunakan pentadbir laman sosial untuk...

Vingada Bergelut Dengan Kesukaran

SEPANG – Jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang...

Mayat Lelaki Ditemui Selepas...

PANCHANG BEDENA – Mayat seorang lelaki ditemui mati kira-kira dua hari berhampiran parit...

Soundcamp – Aplikasi Membuat Lagu Terus Dari Peranti Pintar Anda

APLIKASI yang sedia dimuat turun pada peranti Android menerusi hub Google Play sememangnya memberikan seribu satu kemudahan kepada pengguna.

Lihat sahaja aplikasi Waze, WhatsApp ataupun Spotify, tidak ‘sah’ rasanya jika setiap pengguna Android tidak mempunyai aplikasi-aplikasi berkenaan.

Kini, sebuah aplikasi yang berjaya menarik perhatian kami ialah Soundcamp.

Soundcamp merupakan salah satu aplikasi mudah alih di bawah syarikat Samsung yang menawarkan beberapa fungsi seperti pada sistem rakaman di studio.

Pengguna boleh membuat kawalan audio menggunakan beberapa instrumen maya seperti piano, drum dan sebagainya, selain turut merakamkan ia daripada peralatan muzik dengan menghubungkan terus ke peranti.


Selain merakamkan muzik, pengguna turut boleh membuat penyuntingan sekaligus memudahkan pengguna mengabungkan muzik, audio dan sebagainya menggunakan skrin peranti mudah-alih.

Aplikasi ini telah diperkenalkan secara rasminya pada tahun lepas, tetapi melalui kemaskini baru, Samsung menyertakan sokongan untuk beberapa peranti terkini, selain menyertakan fungsi baru seperti membuat loop, selain turut memilih lebih daripada 250 audio berbentuk loop yang disediakan oleh Loopmasters.

Bagi anda yang berminat dalam arena muzik dan sering bermain dengan instrumen muzik, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini ke peranti Samsung anda dan mencubanya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Soundcamp

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori