Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ada Sebab PKR Tak...

KUALA LUMPUR - Hanya parti Melayu dijemput! Demikian penegasan Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah...

Jawatan Naib Presiden Untuk...

Cadangan yang dikemukakan oleh Wanita UMNO untuk diwujudkan satu kerusi khas buat golongan...

Blogger Gesa SKMM Siasat...

CYBERJAYA - Seorang blogger, Ragvinder Singh Jessy hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya...

Ada Usaha Ganggu Proses...

PUTRAJAYA - Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendakwa ada usaha...

SPDP Masih Parti Komponen Barisan Nasional

MIRI – Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menafikan khabar angin kononnya parti berusia 13 tahun itu telah keluar daripada gagasan pemerintah, Barisan Nasional (BN).

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata khabar angin berniat jahat kini tersebar luas kononnya parti itu telah meninggalkan BN, terutamanya di kawasan pilihan raya yang diperuntukkan kepada SPDP.

“Saya boleh beri jaminan bahawa SPDP tanpa ragu-ragu lagi adalah sebuah parti komponen BN, seperti juga rakan kami Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sarawak,” katanya pada majlis ‘Pemimpin SPDP Bersama Rakyat’ di Marudi hari ini.

Acara anjuran sayap Pemuda SPDP itu diadakan di Rumah Aji Sungei Selepin Baroh dengan dihadiri lebih 700 orang.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Marudi, Tiong berkata mengikut tradisi, kerusi itu diperuntukkan kepada SPDP dan parti itu akan mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kelak.

Sumber memberitahu Bernama seorang pegawai kanan kerajaan negeri berpusat di Marudi disebut-sebut sebagai calon SPDP bagi kerusi berkenaan dalam pilihan raya negeri ke-11 yang dijangka diadakan awal tahun depan.


April lepas, Tiong mengumumkan di Kuching bahawa parti itu menamakan peguam Cila Nasu sebagai calon bagi kerusi Tasik Biru; peguam Kilat Beriak (Krian); juruukur bahan Belayong Jampong (Meluan); ahli perniagaan Brian Fung (Pakan); dan peguam Fabian Andrew Sigar (Ba kelalan).

Beliau bagaimanapun enggan mengumumkan nama calon bagi kerusi Marudi, Bekenu dan Batu Danau memandangkan parti itu masih dalam proses mendapatkan maklum balas daripada akar umbi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Parlimen Baram Anyi Ngau, Ketua Wanita SPDP Datuk Chew Yen Chiew, Ketua Pemuda SPDP Robert Ayu, Pengerusi SPDP Telang Usan Wan Lah dan wakil daripada PBB, SUPP serta PRS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori