Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Fasiliti Hospital Cukup Tangani...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin dengan keupayaan fasiliti yang disediakan,...

Lelaki Maut, Isteri Parah...

BELURAN - Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar...

Wanita Kahwini Ibu Kandung...

DUNCAN - Seorang wanita Oklahama, Amerika Syarikat, Misty Spann ditahan atas kesalahan perbuatan...

Lelaki Didenda RM4,000 Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari...

SPRM Sudah Ambil Keterangan Nik Faisal, Tak Perlu Bantuan Interpol

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil kenyataan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil berhubung isu syarikat itu dan dana RM2.6 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan media turut memberitahu telah berjaya menghubungi dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM dalam siasatan berkenaan.

“Berkenaan dengan dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM, pihak terbabit telah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan,” kata SPRM hari ini.

Justeru, kata SPRM, agensi itu tidak tidak memerlukan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan akses kepada kesemua individu terbabit.


Parti pembangkang sebelum ini menuduh pihak berkuasa tidak bersungguh dalam usaha menjejak 2 eksekutif kanan SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Pembangkang mendakwa kesemua individu tersebut sepatutnya diletakkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]LbwM-E9-CNs[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori