Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Kejar Populariti, Mawi...

PENYANYI Mawi memberitahu tidak pernah menjangkakan lagu duetnya bersama Syamsul Yusof, Kalah Dalam...

MP ‘Seksi’ Ketika Angkat...

BRAZIL - Seorang Ahli Parlimen Brazil menerima ugutan rogol selepas memakai pakaian yang...

Tubuh Pasukan Petugas Atasi...

Singapura : Satu pasukan petugas sudah ditubuh dan digerakkan bagi mencari penyelesaian kesesakan...

Apa Jua Keputusan, Anuar...

BIAR apa jua keputusan yang dibuat penyanyi, Ziana Zain, adiknya iaitu Anuar Zain...

Sufi AF Tak Akan Minta Maaf Pada Bekas Bapa Tiri

JUARA Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sufi Rashid menyatakan pendiriannya yang tidak akan meminta maaf kepada bekas bapa tirinya, Arif Dollah seperti mana yang dituntut Arif baru-baru ini.

Arif menerusi sidang medianya sebelum ini berkata dia mungkin akan berlembut hati sekiranya Sufi tampil memohon maaf kepadanya.

Bekas Bapa Tiri Sedia Saman Jika Sufi Tak Minta Maaf

Perkara ini timbul susulan dakwaan mengatakan bapa tirinya telah melakukan gangguan seksual kepada penyanyi berusia 24 tahun itu.

Mengulas mengenai tuntutan Arif, Sufi menerusi mStar menjelaskan, “Pada saya, saya tak terganggu sangat dengan apa yang terjadi sebab mendengar nasihat daripada pihak polis dan pengurusan saya yang meminta saya untuk tidak memberikan sebarang komen ataupun kenyataan yang menentang pihak Arif.

“Saya biarkan pihak polis melakukan siasatan. Jika mereka beri saya green light untuk bersuara ataupun meluahkan pendapat, saya mungkin akan lakukan hal tersebut. Namun, saya tidak akan meminta maaf kepadanya,” katanya.


Harap-harapnya kemelut yang melanda di antara Sufi dan bekas bapa tirinya dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Dan diharapkan kontroversi sebegini tidak merencatkan perjalanan karier seni Sufi yang baharu hendak bermula selepas menjuarai AF 2015, bulan lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori