Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pakatan ‘Pelik’ Ada 3...

LUCU dan kelakar... Pakatan Harapan nampaknya terpaksa mengambil jalan keluar unik dengan lantik...

Beli Bunga Dapat ‘Kekasih’

KAJANG - Tawar kalungan bunga dengan harga antara RM70 hingga RM100 untuk layanan...

“Saya Fikir Akan Mati,”...

MELBOURNE - Beberapa penumpang turut menceritakan detik cemas yang dilalui kira-kira 90 minit...

Negara Islam Bukan Sekadar...

IPOH - Negara Islam tidak terbentuk sekadar dengan menamakannya sebagai Negara Islam tetapi...

Sultan Johor Berkecil Hati Media Sosial Sebar Berita Palsu

JOHOR BAHARU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkecil hati dengan tindakan sesetengah pengamal media sosial yang menyasarkan anakanda baginda, Tunku Abdul Jalil, sebagai mangsa penyebaran berita palsu, baru-baru ini.

Menegaskan penyebaran berita seperti itu patut dihentikan segera, baginda bertitah Tunku Abdul Jalil berada dalam keadaan baik namun baru-baru ini mengadu sakit belakang hingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

“Tunku Laksamana dimasukkan ke wad kerana fasiliti (rawatan) di istana tidak mencukupi.

“Jadi, orang ramai tolonglah jangan menghebah-hebahkan berita palsu. Saya berasa kecil hati kerana keadaan Tunku Laksamana tidak tenat seperti yang diuar-uarkan dan berharap orang ramai terus mendoakan kesihatan anakanda,” titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama Lembaga Pengampunan Johor di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sebagai mengulas laporan tentang Tunku Abdu Jalil yang dikatakan sedang sakit tenat akibat kanser dan kini menjadi viral di laman sosial.

Sultan Ibrahim menegaskan, di Johor, baginda tidak mahu perbuatan penyebaran berita palsu terus berleluasa kerana kerajaan negeri yang ada sekarang dilantik oleh baginda.


“Kerajaan tahu di mana tujuan (penyebaran), jadi tidak payah sebar-sebarkan berita kurang senonoh terutama blogger, yang kononnya macam mereka tahu dulu (semua perkara) sebelum kejadian berlaku,” titah baginda.

Terdahulu, baginda memaklumkan sekurang-kurangnya 30 kes jenayah melibatkan banduan di seluruh negeri dipertimbangkan untuk diampunkan bersempena Hari Keputeraan baginda pada 22 November ini.

Titah baginda, keputusan muktamad untuk pertimbangan itu akan diumumkan menerusi media massa tidak lama lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori