Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pusat...

REMBAU - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Balai Raya Sungai Timun, di...

SPM Tiada Manfaat, Suhaimi...

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tiba-tiba melonjak selepas mendedahkan anak-anaknya...

Skuad Harimau Malaya Tunai...

Biarpun tanggungjawab menggalas cabaran negara menghadapi Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF...

Banjir: RM200j Untuk Baiki...

PUTRAJAYA - Kos kerosakan dan baik pulih premis serta infrastruktur di bawah Kementerian...

Suntikan Dos Tambahan Vaksin 5-Serangkai Bayi Ditunda Kepada 24 Bulan

PUTRAJAYA – Jadual suntikan dos tambahan vaksin 5-Serangkai (DTap-IPV//HiB) yang diwajibkan pengambilannya ke atas bayi berusia 18 bulan di negara ini ditunda kepada 24 bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu merupakan langkah jangka pendek bagi menangani masalah bekalan vaksin tersebut.

Katanya langkah itu juga dijangka memberikan lebihan vaksin untuk diberikan kepada bayi pada umur dua, tiga dan lima bulan.

“Kementerian telah bersetuju dengan cadangan pakar-pakar imunisasi untuk jadual suntikan dos tambahan 18 bulan ditunda kepada 24 bulan.

“Tiga dos pertama ini yang dipanggil ‘prime dose’ amat penting untuk kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada jangkitan difteria, pertussis, tetanus, polio dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis B,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Buat masa ini, Dr. Noor Hisham berkata semua bekalan vaksin 5-Serangkai yang dibawa masuk ke Malaysia hanya digunakan oleh fasiliti kesihatan kementerian.

“Walaubagaimanapun, kementerian akan memastikan 10 peratus daripada bekalan vaksin yang masuk diagihkan kepada fasiliti kesihatan selain daripada yang di bawah kementerian termasuk klinik/hospital swasta.


“Ini bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan imunisasi untuk kanak-kanak serta mengelakkan keciciran imunisasi,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan juga telah mengkaji kemungkinan menggunakan regimen vaksin terdahulu dan mendapati kebanyakan vaksin-vaksin terdahulu ini tidak berada dalam bentuk kombinasi.

Katanya, produk-produk ini telahpun berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Dr. Noor Hisham menegaskan kementerian akan terus memantau bekalan vaksin DTaP-IPV//Hib dalam negara dan meminta semua pihak agar terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam melaksanakan langkah-langkah yang digariskan.

“Ibu bapa yang mempunyai anak yang dijadualkan akan menerima imunisasi 5-Serangkai dos tambahan, diminta menghubungi klinik berhampiran untuk maklumat lanjut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori