Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pil Tidur Dalam Durian,...

SEORANG penjual durian berusia 43 tahun menerima padah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun...

Korea Utara Dalang Virus...

BUKTI teknikal terbaharu mula mengaitkan Korea Utara dengan serangan siber global WannaCry 'ransomeware'...

Menteri Besar Pahang Diketahui...

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi...

Bekas Menteri KDN Nafi...

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan...

Suri Rumah Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Subahat Aktiviti Keganasan

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan bersubahat dengan seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan menggalakkan aktiviti keganasan di Syria.

Hakim Datuk Mohd Azman Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri memberitahu Halimah Hussin, 54, masih gagal hadir ke mahkamah ketika kes disebut hari ini.

Mahkamah turut mengarahkan waran tangkap yang dikeluarkan pada 18 Jun tahun lalu terhadap wanita itu dibatalkan.

Terdahulu, Mohd Farizul memberitahu tertuduh gagal hadir kali ketiga sejak kes berkenaan dikembalikan ke mahkamah berkenaan dari Mahkamah Persekutuan untuk dibicarakan.

Dalam prosiding itu, Hakim Mohd Azman bertanyakan usaha yang dilakukan bagi mengesan tertuduh, Mohd Farizul berkata pihak polis membuat siasatan dengan melakukan pintasan komunikasi antara tertuduh dengan anggota keluarga.

“Pihak polis turut bekerjasama dengan Interpol namun masih gagal mengesan kedudukan tertuduh,” kata Mohd Farizul.


Mengikut pertuduhan, Halimah bersama bekas tahanan ISA, Muhammad Hilmi Hasim didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Bukit Ampang, Lembah Jaya, Ampang dekat sini, antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, antara 1 Ogos dan 20 Okt 2012 mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam kes itu, Halimah tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori