Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Deklarasi Rakyat Tidak Wakili...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan `deklarasi rakyat' bukan sebuah deklarasi...

Mayat Mangsa Lemas Di...

KUANTAN - Mayat mangsa lemas di Pantai Sungai Karang, Beserah, petang semalam, ditemui...

90.4 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19...

Skuter Elektrik Jadi Penggerak...

KUALA LUMPUR - Skuad Polis Aman Wanita (Amanita) kini boleh bergiat lebih cergas...

Suspek Siar Maklumat Palsu Di Facebook Ditahan

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, di restoran Kuta Bistro Waterfront, malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra dalam kenyataan hari ini berkata suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam.

Beliau berkata pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa barang yang berkaitan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Semalam, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lepas.

Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]y92yiT2ATao[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori