Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Pencuri Motor Dipaksa...

Antara sakit dipukul dengan mendapat malu yang teramat; mana lebih berkesan untuk dijadikan...

Ada Pihak Kurang Senang...

PETALING JAYA - Pengarah filem Syamsul Yusof sedar masih ada pihak yang tidak...

Gambar 2 Ulama Berbasikal,...

Oleh: Muhammad Syafiq Azman ADIKƂĀ kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datuk Abu Hassan Din...

Keputusan 2 PRK Buktikan...

ALOR GAJAH - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar,...

Syed Mohd. Bakri Dinobat Juara Pencetus Ummah 2015

TAHNIAH diucapkan kepada Syed Mohd. Bakri Syed Ishak, 33; yang dinobatkan juara Pencetus Ummah 2015 (PU 2015) musim ketiga dalam pertandingan akhir, dan berlangsung di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),ƃā€šĆ‚Ā malam tadi.

Dengan kemenangan itu, pemuda yang merupakan peserta dari Kuantan, Pahang dan juga seorang guru ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Sementara, naib juara dimenangi Taha Mohd. Omar, 28; manakala tempat ketiga dan keempat menjadi milik Abdul Zaid Abdul, 30; dan Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 25.

Bagi pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Pemenang dinilai berdasarkan peratusan markah sebanyak 70 peratus daripada juri dan markahƃā€šĆ‚Ā selebihnya adalah daripada undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


Juri yang terlibat adalah Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias, Habsah Omar (Abby Fana) dan juri jemputan terdiri daripada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin serta penceramah bebas, Mohd. Farid Ravi Abdullah.

Rancangan yang diadakan selama tujuh minggu ini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Dk8ph_9H84Y]

  • Lagi berita berkaitan:
  • juara

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori