PERTELINGKAHAN antara pemandu perkhidmatan Uber dan pemandu teksi komersial di ibu negara kita sudah berlarutan sejak awal tahun ini.
Sejak kebelakangan ini pemandu teksi dilihat lebih agresif dalam menghalang pemandu Uber daripada mengambil penumpang secara talian tersebut.
Mereka turut menggunakan aplikasi ini untuk memerangkap pemandu Uber sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa konon itu ‘drebar teksi sapu’.
Sudah berlaku juga kes salah faham di mana individu yang cuba mengambil teman di Kuala Lumpur dituduh pemandu Uber sehingga menjadi kes polis.
Kemuncaknya pada Rabu, demo anti-Uber dan Grabcar yang dianjurkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur menggesa Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk meletakkan jawatan.
Konon kerana beliau gagal menghalang dua perkhidmatan ini daripada mengganggu ‘periuk nasi’ mereka.
Baca: Video Lucu! Pemandu Uber VS Pemandu Teksi
Masalah pemandu teksi dan Uber ini bukanlah masalah yang hanya berlaku di negara kita.
Persatuan pemandu teksi dan limosin New York pada Khamis memfailkan saman ke atas Datuk Bandar New York serta Suruhanjaya Teksi dan Limosin kerana membenarkan Uber beroperasi.
Mereka merasakan adalah tidak adil pemandu teksi perlu memenuhi pelbagai syarat untuk beroperasi seperti mempunyai teksi yang mesra pengguna OKU.
Syarat yang sama tidak perlu dipatuhi oleh pemandu Uber, ini sekali gus meningkatkan kos operasi teksi dan menyebabkan mereka gagal bersaing dengan Uber.
Sejak Uber mula beroperasi, 22 syarikat teksi di New York terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian dan nilai saman yang diminta tidak pula diberitahu. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: REUTERS