Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dr. Zakir Akui Sedih...

KUALA TERENGGANU - Dr. Zakir Naik yang ceramahnya di Melaka pada Ahad ini...

ABP: Bawa 2 Isteri,...

KELIBAT pelakon Ashraf Muslim yang membawa bersama kedua-dua isterinya dalam majlis Anugerah Bintang...

2 Penjenayah Ditahan Selepas...

ALOR SETAR - Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis menahan dua lelaki yang...

3 Cara Unik Dakwah...

BEKAS vokalis kumpulan rock kapak kumpulan Handy Black yang popular sekitar era 1980-an...

Tentukan Sama Ada Pertuduhan Khairuddin, Chang Di Bawah Sosma

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah di bawah Akta Kessalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Semasa menolak permohonan kedua-dua tertuduh untuk dibenarkan diikat jamin, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria juga memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan mereka bagi diikat jamin.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak boleh memberikan ikat jamin sementara kepada Khairuddin dan Chang kerana ia sama seperti prapenghakiman terhadap perkara itu.

Ariffin kemudian menetapkan Khamis ini (5 Nov) untuk Mahkamah Tinggi mendengar perkara itu, menyatakan perkara itu patut didengar segera kerana ia melibatkan kebebasan seseorang.


Beliau juga memerintahkan Mahkamah Rayuan mendengar perkara itu dengan kadar segera, sekiranya perkara itu dibicarakan di mahkamah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori