Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Warga Felda Bantah Pihak...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) mewakili lebih dua juta warga Felda...

Polis Kuala Lumpur Siasat...

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan terhadap fitnah yang dilemparkan...

Harga RON97, RON95 Dan...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada...

Anwar Nafi Hubungan Dengan...

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan...

Teruskan Siasatan Kes Kematian Dalam Tahanan

KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan kes kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kekerasan ketika dalam tahanan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedia maklum mengenai hasil siasatan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia (EAIC) yang mengesahkan kematian Syed Mohd Azlan pada 3 November 2013 lalu adalah akibat hentakan senjata tumpul ke atas dada si mati.

Menurutnya, polis akan menyerahkan kes terbabit kepada Pejabat Peguam Negara sekiranya pihaknya menemui sebarang perkembangan baru.

“Polis akan memastikan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan.


“Siasatan kes ini tidak akan diselindung atau disembunyikan dan tidak ada individu yang terlepas sekiranya didapati bersalah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori