Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Berdepan Siasatan Harus...

KEMUSYKILAN ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang ini beralih kepada penyebaran video...

Lebih 3,000 Petugas Media...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini merasmikan Pusat...

Srikandi PPBM Melaka Terima...

JASIN - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini menerima kira-kira 1,000...

Elak Terperangkap Psikologi Thailand

PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha enggan terperangkap dengan helah Thailand menjelang aksi...

T’ganu Sedia 521 Pusat Pemindahan Untuk 122,552 Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menyediakan 521 pusat pemindahan yang mampu menempatkan 122,552 mangsa banjir pada satu masa sekiranya banjir melanda negeri itu pada musim tengkujuh ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya juga menyediakan 14 depoh bekalan makanan yang mampu menampung keperluan makanan untuk tempoh tujuh hari sekiranya kawasan terbabit terputus hubungan.

“Semua depo ini sudah kita sediakan bekalan makanan dan beberapa daerah yang berpotensi untuk banjir telah mewujudkan jawatankuasa masing-masing dan turut membuat simulasi banjir seperti di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Wisma Darul Iman Selasa.

Beliau berkata persiapan Terengganu kali ini untuk berhadapan bencana banjir adalah dua kali ganda daripada apa yang pernah dilakukan tahun sebelum ini dalam segala aspek dan keperluan menghadapi bencana.


Menurutnya 400 anggota sukarela Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) juga akan digerakkan di setiap daerah sekiranya banjir berlaku di kawasan terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori