Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AirAsia Akan Terbang Ke...

SHANGHAI - Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, akan terbang ke mana-mana bandar...

6 Sekeluarga Maut Ditembak...

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut dipercayai ditembak di perairan...

Media Malaysia, Indonesia Perlu...

KUALA LUMPUR - Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik...

Juara Snuker Dunia Kotakan...

MARK Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker...

Tiada Jangka Masa Ditetapkan Untuk Siasatan 1MDB – Nancy

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menetapkan sebarang tarikh untuk menyelesaikan siasatan isu berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata, pasukan petugas khas masih dalam proses melengkapkan siasatan dan proses berkenaan akan selesai setelah keterangan kesemua saksi dirakam dan dokumen berkaitan diperoleh.

“Memandangkan kes ini melibatkan ramai saksi dan dokumen yang banyak termasuk yang berada di luar negara, maka tiada jangka masa ditetapkan untuk penyelesaian.

“Hasil siasatan pasukan petugas khas akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Datuk Zainuddin Ismail (BN-Jelebu) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.


Zainuddin meminta kerajaan menjelaskan status terkini pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan Pejabat Peguam Negara bagi menyiasat kes 1MDB dan bilakah pasukan ini dijangka menyiapkan laporan mereka.

Selain itu, beliau ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang untuk membentangkan hasil laporan itu ke Parlimen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori