Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SPM: Pelajar Rabun Catat...

KUCHING - Seorang calon berkeperluan khas (kategori rabun), Philip Ting Kin Tien dari...

Angkasa Sasar 10 Koperasi...

KUANTAN - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan 10 koperasi sekolah menengah...

Perancis Siasat Puluhan Bayi...

PARIS - Perancis melancarkan siasatan di seluruh negara terhadap fenomena puluha bayi dilahirkan...

Property MY – Mudahkan...

DICIPTA untuk memudahkan urusan jual, beli dan sewa hartanah penduduk Malaysia di seluruh negara,...

Tiada Kenaikan Harga 18 Barang Kawalan Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Tinjauan di pasar Sentul di sini, hari ini mendapati tiada peniaga menaikkan harga 18 jenis barangan terkawal sempena perayaan Deepavali, malah ada yang menjualnya lebih rendah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin.

“Walaupun kita telah tetapkan harga siling ada juga peniaga yang letakkan harga lebih murah dan saya rasa ia disebabkan ‘market force’ sesama mereka.

“Misalnya harga tomato kita tetapkan RM3.50 sekilogram, ramai juga yang jual pada harga RM3.00. Situasi ini akan menguntungkan pengguna,” katanya kepada para pemberita selepas membuat tinjauan tersebut.

Beliau berkata walaupun baharu hari pertama kementerian sentiasa ada ‘mata dan telinga’ dan akan memastikan pemantauan rapi dibuat setiap hari sehingga 14 Nov.


Sebelum ini, KPDNKK telah menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Deepavali yang akan disambut 10 Nov ini.

Antara barangannya adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, daging kambing tempatan bertulang, daging paha kambing biri -biri import bertulang dan daging paha kambing biri-biri import tanpa tulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori