Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu RUU 355: Awas...

SETAKAT ini, sejak Hari Penamaan Calon 5 Jun lalu, hanya Zairil Khir Johari bersendirian...

Kes Culik Pelajar Politeknik...

DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti...

Yuna Ada Apa-Apa Ke...

SELAIN perkembangan seni terbaharu Yuna, pastinya peminat setia penyanyi ini turut mahu mengorek...

Mahasiswa Perlu Kekang Ancaman...

KUALA NERUS - Mahasiswa perlu memainkan peranan penting bagi mengekang penularan ancaman militan...

Tiada Perubahan Kedudukan Kerusi Timbalan Presiden Pada PAU

VALLETTA (Malta) – Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, yang bermula 8 Dis ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi Timbalan Presiden adalah bersebelahan kerusi Presiden.

“Timbalan presiden mesti didudukkan di sebelah kanan presiden. Naib presiden satu mesti didudukkan di sebelah kanan timbalan presiden begitu juga naib-naib presiden lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur kerusi kepimpinan UMNO berikutan situasi semasa selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata kedudukan itu mestilah dihormati oleh semua pihak kerana ia merupakan hieraki dalam parti.

Beliau juga menegaskan UMNO sebuah parti dinamik yang mendengar pandangan pelbagai tokoh atau mereka yang pernah menjadi tokoh di dalam UMNO.


Namun, beliau melihat masalah ketidakadilan berlaku apabila keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti terhadap seseorang dalam parti, dianggap sebagai suatu penganiayaan.

“Namun, yang penting ialah kebersamaan mendukung kepimpinan. Perbezaan pendapat biarpun diraikan, akhirnya UMNO diperkukuhkan…pemimpin itu hendaklah diberi sokongan sepenuhnya,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, apabila sesuatu keputusan itu dibuat, ia perlu dihormati dan semangat itu harus ada pada kepimpinan UMNO sama ada di peringkat nasional, negeri, bahagian atau akar umbi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori