Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lee Shan Bidas Soon...

KUCHING: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan membidas kenyataan Presiden Parti...

2 Tandukan Smalling Bantu...

MANCHESTER - Pemain pertahanan, Chris Smalling menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan 3-1...

Penilaian Pemberian Subsidi Ayam...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menyegerakan proses penilaian...

Mesyuarat Khas Pilih Agong...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong...

Tidak Perlu Tambah Pangkalan TLDM Di Esscom Buat Masa Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk menambah satu lagi pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ini kerana TLDM telah mempunyai pangkalan di Sepanggar, Kota Kinabalu serta pangkalan kecil di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kalau hendak tambah (pangkalan) adalah terbaik, tapi hendak guna yang sedia ada (sudah) mencukupi,” katanya pada sesi soal jawab di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai tambahan pangkalan TLDM di Esscom memandangkan kawasan itu berhadapan ancaman keselamatan yang besar.

Shahidan berkata bagaimanapun, kerajaan melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah pembinaan pangkalan hadapan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan pantai.

Shahidan berkata keputusan itu berikutan penguatkuasaan laut adalah di bawah APMM, manakala TLDM menjaga maruah dan kedaulatan negara.


“Semua perkara yang disebutkan melibatkan aset dan mengambil masa untuk disiapkan dan dijangkakan semua aset ini termasuk 92 bot laju akan tiba Februari (tahun depan),” katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang mahu penjelasan mengenai aktiviti penyeludupan di Laut China Selatan, katanya satu mesyuarat berhubung perkara itu telah diadakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan minggu lepas.

“Penyeludupan yang berlaku ada kaitan dengan sistem ‘barter trade’ dan kerajaan sedang memperincikan perkara ini.

“Soalnya pada zaman dahulu sistem barter melibatkan ambil barang ganti dengan barang, tapi sekarang ambil duit bagi barang yang akhirnya menyebabkan barang subdsidi dibawa keluar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori