Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kalau Pergi Joging, Pasar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan mereka yang memakai ‘wristband PUI’ perlu menjalani...

Pesara Maut Dalam Kemalangan

SIBU - Seorang penjawat awam yang baru sahaja bersara bulan lalu maut dalam...

Siapa Luluskan Abu Chin...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan siapakah individu dalam Kerajaan Pakatan...

Mahkamah Jerman Benarkan Guru...

BERLIN, Jerman – Mahkamah di sini membuat keputusan membenarkan guru wanita beragama Islam...

TPM: Kes Pertemuan Izzah-Jacel Mungkin Diserah Peguam Negara

PUTRAJAYA – Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kertas siasatan mengenainya kemudiannya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk sebarang tindakan lanjut.

“Dalam hal ini kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan kerana seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan yang dilakukan Kesultanan Sulu, khususnya keluarga Jamalul Kiram,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menerima kunjungan hormat Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitand.

Baca: Gambar Izzah Dan Jacel Kiram Bukti Anwar Dalang?

Juga: Padah Foto Anak Kiram, SAPP Mahu ‘Haram’ Izzah Ke Sabah

Isu itu tercetus selepas beberapa keping gambar yang memaparkan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel dimuat naik ke laman faceboook yang kemudiannya menjadi viral.

Ahmad Zahid berkata secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan pertahanan negara.


Menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu sebagai sangat tidak dialu-alukan, beliau berkata pertemuan itu juga seolah-olah satu ‘pengiktirafan’ oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang berada di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Timbalan perdana menteri berkata peristiwa pencerobohan di Lahad Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.

“…dan jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap mereka yang menceroboh negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori