Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pakatan Harapan Minta Siasat...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd...

Polis Kesan Kanak-Kanak Lelaki...

TAWAU - Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan...

Kementerian Sasar Peningkatan 3%...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesihatan menyasarkan jumlah penderma darah tetap di negara ini...

LAKSANA Pantau Pelaksanaan PRE...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penubuhan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus...

Tragedi Paris, Lelaki Kongsi Kisah Pemandu Teksi Muslim Diabai

SEORANG lelaki di New York telah berkongsikan kisah sedih seorang pemandu teksi yang beragama Islam di bandar raya terbesar Amerika Syarikat (AS) itu yang diabaikan orang ramai ekoran tragedi berdarah di Paris.

Cerita yang dikongsikan oleh Alex Malloy, 23 tahun; menerusi laman sosialnya itu menjadi viral dan telah mendapat perhatian ramai netizen.

Alex yang juga seorang pendandan rambut di sana memberitahu dia adalah penumpang pertama pemandu teksi berkenaan dalam masa 2 jam selepas insiden yang menimpa di Paris itu.

2E71A9FC00000578-3319566-Lit_up_People_place_flowers_and_light_candles_in_tribute_for_the-a-54_1447617798576

Serangan pengganas di kota Paris itu telah menyebabkan orang ramai di New York berasa takut dan telah mendiskriminasi pemandu teksi terbabit kerana bimbang dia bersekongkol dengan kumpulan militan IS.

Pemandu teksi itu telah meluahkan isi hatinya kepada Alex dan menyebabkan kedua-dua mereka menitiskan air mata di sepanjang jalan sebelum tiba ke destinasi yang dituju lelaki berkenaan.

Alex yang begitu terkesan dan simpati dengan nasib yang menimpa pemandu teksi itu menyifatkan hal itu adalah perkara paling sedih yang pernah dialaminya.

Dia telah menyeru orang ramai untuk berhenti mendiskriminasi dan mengikis tanggapan negatif terhadap orang Islam dan sedar bahawa mereka semua tiada ada kena-mengena dengan perjuangan sesat militan IS.

UNILAD-inst38699
Alex Malloy

“Untuk 25 minit saya terpaksa memberitahu orang asing ini bahawa orang sepertinya dan saya, tiada kaitan dengan apa yang berlaku.

“Saya sangat simpati dengannya kerana orang memandangnya dengan perasaan takut dan marah.


“Dia kerap menyatakan Allah adalah Tuhannya dan tidak percaya dengan benda sebegini. Orang ramai sangkakan saya terlibat dengan kejadian ini walaupun saya tidak terlibat.

“Tiada orang mahu naik teksi saya kerana rasa tidak selamat. Saya tidak dapat melakukan kerja saya dan mencari rezeki.

“Itulah adalah saat paling menyentuh perasaan saya yang pernah saya alami sepanjang hidup saya,” tulisnya.

https://twitter.com/alexmalloyy/status/665391353556242432?ref_src=twsrc%5Etfw

Luahan Alex melalui laman sosial telah menjadi viral dan rata-rata pengguna sosial itu juga menyokong dan memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan.

Serangan yang berlaku di Paris beberapa hari lalu telah menimbulkan lagi perasaan benci serta Islamofobia yang tinggi terhadap masyarakat Muslim di luar negara.

Oleh itu, masyarakat di seluruh dunia wajar untuk sedar bahawa perjuangan kumpulan militan IS atas nama Islam sebenarnya terpesong dan tiada kaitan dengan umat Muslim di seluruh dunia ini. – MYNEWSHUB.CC

Militan IS dakwa bertanggungjawab ke atas serangan di Paris

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori