Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Di Mana Kim Jong-un?

MISTERI ketiadaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di khalayak umum sejak pertengahan bulan...

Curi Motosikal Berang Gaji...

MELAKA – Tindakan seorang warga Pakistan mencuri motosikal majikan gara-gara berang gajinya tidak...

Polis Siasat Nga Kor...

PUTRAJAYA - Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan...

Aplikasi E-Hailing cALLme Diperkenalkan...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan aplikasi cALLme, sebuah platform e-hailing, akan diperkenalkan untuk semua teksi...

Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Penuntut UITM

TAIPING – Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut wanita dengan mengelar leher mangsa di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada 2 Feb lepas.

Syarafi Abu, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nursyuhada Johari, 20, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pada 11.55 pagi hari yang sama.

Tukang Masak Direman 7 Hari Disyaki Kelar Penuntut UiTM

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan menetapkan lima hari mulai 7 Mac 2016 untuk perbicaraan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan pendakwaan akan memanggil 12 saksi.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala Yusaini Amer turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori