Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TAPEM Peruntuk RM215.51 Juta...

MELAKA - Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM215.51...

Eksesais Air Thamal Malaysia-Thailand...

BUTTERWORTH - Eksesais Air Thamal antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera...

Honduras Negara Di Dunia...

TEGUCIGALPA - Banjir besar memaksa lapangan terbang Roatan di Honduras ditutup dan kejadian...

Semua Jajaran ECRL Sudah...

BENTONG - Tiada lagi perubahan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas...

UMNO Bahagian Digesa Tubuhkan Kelab Pidato – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU – UMNO Bahagian di seluruh negara digesa menubuhkan Kelab Pidato bagi mengumpulkan sekurang-kurangnya 20 pemidato berkaliber yang dilahirkan menerusi penganjuran Pidato Piala Presiden UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata Kelab Pidato di setiap 191 UMNO Bahagian itu antara lain berperanan dalam mengendalikan dua sesi ceramah setiap bulan mulai awal tahun depan.

Katanya pemidato dalam kelab tersebut akan menjadi penceramah dan jentera utama Penerangan UMNO Malaysia dalam menyampaikan isu semasa, dasar negara termasuk menjawab tuduhan dan tohmahan pembangkang kepada rakyat di bahagian masing-masing.

“Kita jangan tunggu sehingga ada penamaan calon atau pembubaran (Parlimen) baru (kita) nak (menyampaikan) ceramah. Ceramah ini jangan bermusim dan ia hendaklah diadakan secara berkala dan berterusan iaitu dua ceramah setiap bulan.

“Mereka (Kelab Pidato) hendaklah meletakkan lokasi ceramah itu di pusat daerah mengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pidato Piala Presiden UMNO saringan bagi Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Ibu Pejabat Badan Perhubungan Umno Sabah di sini hari ini.

Ahmad berkata para pemidato yang dikumpulkan dalam satu kelab itu adalah sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum yang akan menggalas tugas menyampaikan ceramah dalam tempoh berkempen.


Menurutnya ada UMNO Bahagian yang telah menubuhkan Kelab Pidato berkenaan termasuk di kesemua bahagian di Negeri Sembilan.

Di samping itu, Ahmad berkata Alumni peserta pidato Piala Presiden yang kini mempunyai seramai 450 ahli juga akan digunakan sebaiknya bagi memantapkan dan menggilap keterampilan serta kemahiran berpidato ahlinya menerusi penganjuran seminar pengucapan awam.

Beliau berkata ini adalah penting sebagai usaha meningkatkan lagi bilangan pakar pemidato dan penceramah handal dalam kalangan anggtota UMNO.

Mengenai Pidato Piala Presiden UMNO, Ahmad berkata juara pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan menerima hadiah wang tunai RM20,000, naib johan (RM15,000) sementara tempat ketiga (RM10,000) berserta piala iringan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori