Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amboi, Jam Pintar Untuk...

DI pasaran, terdapat begitu banyak jenama jam tangan pintar dengan pelbagai kualiti.Daripada kualiti...

Bayar Deposit Kereta Idaman...

SEORANG lelaki dari Zhengzhou, China mendapat perhatian susulan tindakannya menggunakan 100,000 syiling untuk...

ASEAN & China Sambut...

KUALA LUMPUR - Negara anggota ASEAN dan China kini dalam jangkauan bagi Proton...

Pengurus Kelab, Guru Leka...

PENGURUS kelab golf dan dua lelaki termasuk seorang guru pusat tuisyen ditahan selepas...

UMNO Perak Tak Terlibat Gerakan Desak PM Letak Jawatan Parti

IPOH – Tiada bahagian atau cawangan UMNO di Perak terlibat dalam gerakan untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai presiden parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

“Mungkin ada gerakan seperti itu di negeri lain tetapi di Perak, tiada aktiviti sedemikian di bahagian akar umbi,” katanya selepas menghadiri forum mengenai Bajet Perak 2016 di stesen radio Perak FM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan terdapat sekumpulan pemimpin UMNO yang mendesak Najib untuk mengundurkan diri.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik gesaan beberapa pemimpin UMNO agar Najib melepaskan jawatan presiden parti.


Timbalan Perdana Menteri berkata mereka yang terlibat sepatutnya memahami bahawa terdapat peraturan, etika dan perlembagaan dalam UMNO yang menentukan pemilihan pemimpin di peringkat nasional, bahagian dan cawangan.

Menyentuh Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung bulan depan, Zambry berkata UMNO Perak sudah memilih tiga wakil untuk membahaskan ucapan presiden serta isu ekonomi, sosial dan agama.

“Mereka juga akan membangkitkan isu terkini politik selain masalah yang berkaitan dengan negeri Perak,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]M5Go_7AV4kk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori