Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nahas Duke: Anak Mangsa...

KUALA LUMPUR - Nenek dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan...

Warga Emas Maut Dalam...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di...

Aaron Teruja Penampilan Sulung...

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem...

Jenazah Kapten Hasman Hussin...

ALOR GAJAH - Jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan...

UniMAP Raih Dua Emas Di Pameran SIIf Korea

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih dua pingat emas pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul 2015 (SIIF 2015) yang berlangsung di Gangnam-Gu, Seoul, Korea mulai Khamis lalu hingga hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP turut meraih kejayaan 100 peratus dalam pameran tersebut apabila lima lagi produknya meraih pingat perak dan dua produk mendapat gangsa.

Menurut beliau, dua produk yang meraih pingat emas ialah ‘Hybrid Fiber-Wireless (FiWi) Flexible Cross Correlation (FCC) OCDMA for Future Broadband Access Network’ (Hybrid WiFi) hasil penyelidikan Dr Mohd Rashidi Che Beson dan ‘Non-Invasive Salivary Glucose Detection Kit’ hasil penyelidikan Prof Dr Uda Hashim.

“SIIF 2015 merupakan antara pameran penyelidikan berprestij yang menghimpunkan lebih 400 produk penyelidikan dari seluruh dunia dan kejayaan meraih 100 peratus pingat adalah amatlah membanggakan,” katanya dalam satu kenyataan.

SIIF 2015 selama empat hari itu dianjurkan Korea Invention Promotion Association (KIPA) dan disokong sepenuhnya oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Pencipta (IFIA).

Mohd Rashidi ketika dihubungi berkata produk hasil penyelidikan beliau bersama kumpulan penyelidik Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Komunikasi Termaju (ACE) UniMAP merupakan penyelesaian kepada permasalahan untuk mendapatkan isyarat tanpa wayar terutama di kawasan pedalaman.

Menurut beliau, produk hibrid WiFi yang menggabungkan teknologi Optical CDMA dimodulasi dengan isyarat Frekuensi Radio (RF) melalui teknik subpembawa pemultipleksan.


“Gabungan kedua teknologi ini membolehkan isyarat komunikasi diterima pada kadar data yang tinggi serta kos yang murah dengan kualiti audio, video dan data yang sangat baik,” katanya.

Sementara itu produk kedua yang meraih pingat emas disasar kepada sesiapa sahaja yang ingin memantau tahap glukosa mereka terutama bagi pesakit diabetis.

Menurut penyelidiknya Uda, ia juga sangat sesuai digunakan oleh pesakit diabetis wanita dari kategori Haemophobia (takut darah) dan Trypanophobia (takut jarum) memandangkan ia menggunakan pendekatan pengesanan glukosa tidak invasif selain selamat dan sesuai untuk warga tua dan kanak-kanak.

“Produk ini bertujuan untuk menggantikan cara tradisional invasif dalam tahap pemantauan glukosa yang mana sampel klinikal yang digunakan iaitu air liur boleh diambil melalui pendekatan rembesan tidak invasif dan kerap,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori