Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Nafi Wujud Penyakit Misteri...

MIRI - Jabatan Kesihatan Sarawak hari ini menafikan kewujudan wabak penyakit misteri yang...

Mayat Pemandu Grab Lemas...

BENTONG - Mayat seorang pemandu grab yang dilaporkan lemas semalam ketika mandi di...

“Tunggu Masa Sesuai Beritahu...

IPOH - Bapa tiga kanak-kanak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya...

Tiket Bola Jaring, Keranjang...

KUALA LUMPUR – Tiket bagi acara sukan bola keranjang, bola jaring dan taekwondo...

Apakah Vape, Alternatif Terbaik Menangani Ketagihan Rokok?

KUALA LUMPUR – Meskipun ada pendapat bahawa penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai ‘vaping’ boleh dijadikan alternatif yang kurang berbahaya berbanding rokok konvensional, pengamal perubatan tempatan mempunyai pandangan berbeza mengenainya.

Malah jika Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam boleh membuat keputusan mengikut kehendaknya, pasti vaping akan diharamkan di negara ini. Apabila beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan pengharaman vape pada bulan lepas, beberapa rakan Kabinet dan golongan pelobi vape lantang membantah.

Ekoran polemik yang timbul, Kabinet pada 30 Oktober memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan e-rokok.

Hakikat bahawa terdapat kira-kira sejuta pengguna vape di Malaysia – dengan pasaran dianggarkan kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat – mungkin berkait rapat dengan keputusan kerajaan itu.

Sementara itu, penyelidikan terkini mengenai vaping oleh penyelidik terkemuka e-rokok di Greece, memaparkan bukti yang menyebelahi golongan pengguna vape. Pakar kardiologi, Dr Konstantinos Farsalinos, yang menjalankan penyelidikan sejak vape menjadi popular pada 2007, mendakwa bahawa penemuannya menunjukkan “vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok”.

Namun, pakar-pakar kesihatan antarabangsa lain pula menyatakan bahawa kenyataan berkenaan tidak meyakinkan dan tidak membuktikan bahawa amalan vaping adalah selamat.

Pakar-pakar tempatan juga tidak yakin. Maka, keputusan sama ada vaping adalah alternatif kepada merokok masih menjadi tanda tanya.

Sedikit saja ramuan cecair elektronik

“Jika anda bertanya kepada saya sama ada vaping kurang berbahaya berbanding rokok, jawapan saya adalah: ‘Kedua-duanya berbahaya’,” tegas Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Latiffah Abdul Latiff.

Bagaimanapun, katanya jika diteliti komposisi sebenar jus vape atau cecair elektronik (e-liquid), ia didapati lebih selamat jika dibandingkan dengan rokok tradisional kerana hanya mengandungi empat bahan-bahan utama, berbanding sejumlah 599 bahan tambahan yang terkandung di dalam rokok.

Menurut Latiffah, e-liquid biasanya terdiri daripada air, nikotin, perisa dan propylene glycol, selain ia juga mungkin mengandungi bahan-bahan lain seperti gliserin sayur-sayuran atau polietilena glikol.

Sementara itu, apabila mod atau peranti pengewap elektronik vape digunakan, haba meluluhkan nikotin dan bahan-bahan lain di dalam e-liquid.

“Sedutan seseorang pengguna terhadap satu dos nikotin sahaja, sekali gus akan melepas wap berupa asap tebal bagaikan ekzos berkabus,” jelas Latiffah, yang menambah kata bahawa walaupun beberapa jenis jus vape dikatakan bebas-nikotin, kandungan kimia dalam perisa vape masih tidak diketahui.

“Kita tidak tahu kandungan perisa tersebut. Jika bahan kimia digunakan dalam perisa, ia hendaklah terlebih dahulu disahkan selamat untuk digunakan kerana kita tidak tahu kesan jangka pendek atau jangka panjang terhadap kesihatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu, kesan daripada bahan kimia yang boleh didapati di dalam kabus atau wap air yang dihasilkan daripada vaping ke atas orang ramai juga masih belum diketahui, kata Latiffah.

Perlu uji kaji saintifik


Mengulas lanjut berhubung kemungkinan peranti vape dikongsi oleh sekumpulan penggunanya, Latiffah berkata ia bukan sahaja tidak bersih malah boleh meningkatkan potensi penyebaran virus hepatitis dan penyakit berjangkit lain yang merebak melalui hidung dan tekak.

“Selain bahan kimia dalam e-liquid, perkongsian peranti vape dengan orang lain boleh membahayakan juga,” kata beliau.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H. Krishna Kumar berkata walaupun e-liquid dikatakan mengandungi dos yang rendah nikotin, ia masih berbahaya kepada kesihatan jika disedut untuk tempoh masa yang panjang.

“Kandungan cecair vape tidak ditetapkan. Semakin tinggi (jumlah) nikotin dan bahan-bahan lain di dalamnya, semakin tinggi risikonya. Memandangkan ia tidak dibuat dengan dos standard, kami tidak dapat mengagak sama ada ia selamat atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama.

Krishna Kumar berkata ‘vaping’ merupakan satu trend dan industri yang agak baharu, maka pihak berkuasa masih belum mendapat gambaran penuh mahupun jelas mengenai bahayanya.

“Tetapi cuba berfikir secara rasional. Mahukah kita melihat seorang daripada ahli keluarga kita mati akibat penggunaan vape (vaping) sebelum kita bertindak?

“Jika anda mahu menggunakannya, biarlah pengeluar vape melakukan uji kaji saintifik yang betul untuk membuktikan keselamatannya. Tidakkah anda mahu profil keselamatan produk makanan sintetik atau sebarang ubat-ubatan sebelum menggunakannya? Kenapa ia berbeza di sini (vaping)?” soalnya.

UPM kaji selidik vape

Sementara itu, Latiffah berkata UPM – dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, pengamal perubatan am dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan – pada masa ini sedang menjalankan penyelidikan mengenai vaping.

Beliau, yang enggan menyatakan bila kajian itu akan siap, berkata bahawa pendekatan saintifik akan diambil dalam kajian berkenaan, di samping pelaksanaan kaji selidik.

“Kami berharap hasil kajian ini akan memberi manfaat kepada pembuat dasar kita dalam usaha mengawal selia industri vape pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata di Amerika Syarikat, e-rokok pada awalnya diperkenalkan kepada perokok sebagai terapi pemberhentian nikotin.

“Tetapi bolehkah kita mengesahkan persepsi sesetengah orang bahawa vaping adalah alternatif selamat kepada perokok? Pada masa ini, tidak ada bukti yang menunjukkan vaping adalah sebaik tidak merokok sama sekali,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lr_ZGaEFDik[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori