SATU kajian sosial mengenai ketulusan hati masyarakat terhadap orang buta yang dijalankan oleh seorang bintang YouTube ini, ternyata mendapat perhatian umum.
Adrian Gee menyamar menjadi orang buta dan meminta bantuan orang ramai untuk menukar wangnya kepada nilai lebih kecil namun ada segelintir didapati mengambil kesempatan terhadapnya.
Sememangnya tak dapat dinafikan, ada manusia di dunia ini tergamak berbuat demikian terhadap golongan kurang upaya demi mendapat wang mudah.
Malah ada individu yang terlibat dalam kajian ini dilihat menipu dengan ‘merompak’ orang buta itu secara terang-terangan.
Lihat sahaja video di bawah ini, ia sememangnya mengundang kemarahan dan kecaman orang yang menontonnya. – MYNEWHSUB.CC