Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penerima Vaksin Masih Berisiko...

KUALA LUMPUR - Pakar kesihatan awam memohon kerajaan meneliti semula cadangan membenarkan penerima...

2,380 Murid Terlibat HFMD

PUTRAJAYA - Seramai 2,380 murid daripada 950 sekolah terlibat dengan penyakit Tangan, Kaki...

Jentera Puteri UMNO Giat...

ALOR GAJAH - Gerak kerja Pergerakan Puteri UMNO kini sedang giat membantu jentera...

Syamsul Debat Yang Lucu...

"Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk...

Video: Aksi Dua Pemandu ‘Bangang’ Berebut Di Jalan Raya

MEMANDU kereta tidak kira mahal atau murah bukanlah melambangkan tahap pemikiran seseorang kerana kadang-kadang orang yang memandu kereta mahal itu sebenarnya lagi ‘sengkek’ daripada orang yang memandu kereta biasa.

Sikap dan mentaliti sebenarnya ada kepada pemandu itu sendiri, kami kongsikan sebuah video yang menunjukkan dua buah kereta yang dipandu oleh dua individu yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah disebabkan masing-masing tidak mahu mengalah di dalam kesibukan jalan raya.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 37 saat, gelagat dua pemandu sebuah kereta jenis Audi A5 dan sebuah MPV kecil dilihat melakukan aksi kebudak-budakan apabila mereka masing-masing tidak mahu mengalah.


Kereta Audi dan MPV ‘Otak kecil’ tidak mahu… oleh mynewshub

Punca kejadian tidak dapat dipastikan, mungkin salah sebuah kereta telah memotong barisan atau salah sebuah kereta telah masuk dari lorong sebelah tetapi tidak dibenarkan.

Berdasarkan rakaman, kedua buah kereta ini saling himpit menghimpit dan rapat dengan kereta depan kerana tidak mahu mengalah yang menyebabkan mereka ‘kalah’ jika berjaya dipotong.


Kedua-dua mereka dilihat menolak dan mengelak ke kiri dan ke kanan dan akhirnya kereta Audi berkenaan dilihat ‘naik angin’ menyebabkan dia melakukan tindakan bodoh dengan menghentam kereta MPV berkenaan yang seterusnya membuatkan pemandu berkenaan hampir terlanggar sebuah lori kontena.

bangang2

Pemandu Audi tersebut dilihat menggunakan berat keretanya sebagai kelebihan dan terus sekali lagi menghentam tepi kereta MPV tersebut, tetapi pemandu MPV ini tetap tidak mengalah dengan ia dilihat cuba kembali menghimpit.

Akhirnya, ‘permainan’ ini tamat selepas Audi berkenaan menghimpit MPV tersebut ke tepi jalan dan kereta terhenti.

Apa yang berlaku selepas kejadian dirakam tidak dapat dipastikan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori