VIDEO seorang lelaki yang melakukan aksi mencurigakan ketika persidangan kemuncak G20 di Turki pada Isnin telah mendapat perhatian ramai netizen di seluruh dunia.
Lelaki bergelagat ala perisik itu dirakam cuba memasang telinga dan ‘curi dengar’ perbincangan antara dua pemimpin dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Entah apa yang sedang diselidik dan dikajinya tetapi telatah dan aksinya dengan beg yang dipegang itu telah menggelikan hati ramai orang yang menonton video itu.
Yang paling kelakarnya, ada individu sempat memasukkan muzik latar filem perisikan komedi Pink Panther ke dalam video terbabit untuk menarik perhatian penonton.
Dan apa yang lebih menarik, mata lelaki itu sempat ‘merenung’ tajam ke arah lensa kamera yang didapati cuba merakamkan aksi tersebut.
Bagaimanapun, tiada siapa dikatakan mengecam lelaki itu dan setakat ini juga tiada siapa tahu tujuan sebenar dia berkelakuan sedemikian. – MYNEWSHUB.CC