Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Salut..! Ayda Jebat Sudah...

POPULARITI Ayda Jebat boleh dikatakan melonjak secara drastik sejak dia membintangi drama Rindu Awak...

Lelaki Bunuh Diri Kerana...

GARA-gara tidak berkemampuan menyediakan wang hantaran seperti yang diminta keluarga tunangnya, seorang lelaki...

Sultan Ibrahim Ingatkan Pihak...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah...

Kes Zika Belum Ada...

PORT DICKSON - Belum ada lagi impak kes Zika pada industri pelancongan negara...

Video: Bapa Simbah Anak Dengan Air, Disihir Bini Muda?

RAKAMAN kekecohan melibatkan seorang bapa menyimbah air bagi menghalau anak-anaknya kini hangat diperkatakan di laman sosial.

Difahamkan, keempat-empat adik beradik ini datang ke rumah ayahnya kerana ingin memohon lelaki terbabit menjadi wali pernikahan namun tidak berjaya kerana dihalang oleh isteri muda bapanya.


Ayah simbah air, maki anak dipercayai terkena… oleh mynewshub

Kedengaran adik-beradik terbabit memanggil “abah, abah, meh sat abah, kami datang cara elok abah” namun mereka kemudiannya disimbah air.

Dapat dilihat juga, aksi seorang wanita dipercayai isteri baru bapanya mengapi-apikan kekecohan yang berlaku dengan menyuruh lelaki berkenaan menghalau adik beradik itu.

1.1

2.2

Menurut pemuat naik video, bapa terbabit yang juga merupakan seorang guru di Perlis dikatakan telah disihir oleh isteri mudanya sehingga dia amat membenci anak-anaknya sehingga sanggup berkelakuan sedemikian rupa.


“Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging,” kata individu berkenaan.

Di ruangan komen, tampil seorang lagi individu yang mendakwa kejadian itu berlaku kepada saudaranya sendiri dan mendakwa guru itu telah berubah sejak berkahwin dengan janda berkenaan sehingga melupakan tanggungjawab sebagai ayah dan mengabaikan ibu kandung mereka.

“Ayah (guru berkenaan) kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

“Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

“Tiba-tiba keluar perkataan ‘Lada Ayah’ di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil,” kata Adam Haziq.

Video itu sehingga kini giat dikongsikan netizen dan menimbulkan persoalan tentang cerita sebenar yang berlaku melibatkan keluarga terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori