Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tin Biskut ‘Selamatkan’ Nyawa...

KOTA TINGGI - Berpantang maut sebelum ajal. Itu terjadi kepada seorang nelayan yang...

PRN Johor: Warisan Tanding...

JOHOR BAHRU – Buat pertama kali bertanding di luar negeri asalnya, Parti Warisan...

Lapangan Terbang Changi Jadi...

SINGAPURA - Lapangan Terbang Changi di sini adalah tempat transit untuk pelancong, tetapi...

“Bapak Mahal! Mentang-Mentang Pernah...

PADA zaman sekarang, sudah ibarat menjadi kebiasaan apabila kedai makan meletakkan harga yang...

Video: Berang Suami Curang, Wanita Pecahkan Tingkap Kereta

SEBUAH video yang memaparkan aksi dramatik dua orang wanita bertindak ganas memecahkan cermin sebuah kereta telah menjadi viral menerusi media sosial di China.

Kejadian yang berlaku di Enhui, di wilayah Hubei itu dikatakan berlaku kerana wanita tersebut berang selepas mendapati suaminya telah berlaku curang terhadapnya.

Wanita tersebut datang dengan adik perempuannya dan mereka berdua telah bertindak memecahkan tingkap kereta yang dipandu lelaki itu serta dinaiki wanita simpanannya.

Baca: Video Wanita Pecahkan BMW, Berang Suami Curang

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat telah keluar menggunakan pintu penumpang di belakang sebelum dia pula diketuk menggunakan kayu yang dipegang isterinya.


Kegarangan dua wanita berkenaan turut menyebabkan orang ramai dan anggota polis yang berada di situ hanya mampu memerhati sahaja drama ‘percuma’ tersebut tanpa berbuat apa-apa.

Menurut sumber, insiden tersebut telah berjaya ditangani oleh pihak polis dan keempat-empat individu yang terlibat telah ditahan untuk soal siasat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori