Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

KTMB Tidak Akan Diswastakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),...

Agong Kurnia Darjah Kebesaran,...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan...

Pasangan Ini Selamba Seks...

PASANGAN ini kantoi melakukan hubungan seks di tempat awam pada siang hari. Mereka dirakam...

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu...

GUA MUSANG : Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Video: Ibu Dimarahi Anak Sendiri Depan Khalayak Ramai

SEBUAH video yang memaparkan aksi seorang ‘Tanggang moden’ memarahi ibunya di sebuah hospital mendapat perhatian pengguna media sosial.

Berdasarkan visual yang dimuatnaik di laman Facebook Hussein Lempoyang, kejadian dikatakan berlaku di ruang menunggu di sebuah hospital kerajaan.

Si anak yang duduk bersebelahan ibunya kelihatan memarahi wanita terbabit dengan nada tinggi hingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang berada di situ.

Kelihatan, wanita terbabit juga berdiam diri sambil dileteri anaknya.

Bagaimanapun tak tahan dengan tindakan biadap tersebut, seorang lelaki akhirnya bangun menegur namun tidak diendahkan hingga berlaku sedikit pertikaman lidah.

“Masalah ini kau jangan campur boleh tak?” marah si anak selepas perbuatan menengking ibunya ditegur.


“Bang apa ni bang, cakap dengan mak macam itu. Daripada tadi saya dengar bang, masalah macam mana saya tak campur… daripada tadi saya dengar… jangan hal dalam rumah bawak sampai sini, masalah hormatlah orang tua. Eh dia lahirkan kau tau… habis tu hormatlah… masalahnya hormatlah orang tua,” nasihat lelaki tidak dikenali dalam rakaman itu.

Ternyata si anak terbabit bukan sahaja tidak mempedulikan nasihat orang malah dia kemudiannya menyambung memarahi ibunya yang dilihat mengesat mata, berkemungkinan menangis.

Rata-rata netizen menganggap perlakuan anak tersebut sebagai jelas kurang ajar dan dia wajib memohon ampun daripada ibunya.

“Fahamilah tugas seorg anak bila di lahirkan… sehinggakan Allah letakkan kunci pintu syurga itu di telapak kaki ibu. Waima buruk, miskin atau hina pekerjaannya… dia tetap ibu yg melahirkan kita,” tulis Tria Hamzah.

“Berkata ‘ah’ sekalipun dah kira biadab dengan ibu bapa… inikan pula marah-marah macam ni jangan mati tak sempat taubat sudahlaa,” tulis Irwan Dhani . – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori