ZARA memohon maaf selepas satu video yang dimuat naik menerusi laman sesawang menunjukkan seorang pekerja melarang seorang wanita yang memakai hijab untuk memasuki salah satu butiknya di Paris.
Klip itu dimuat naik sehari selepas siri serangan ngeri di Paris dan seperti yang disiarkan dalam BuzzFeed News, ia tidak jelas sama ada kejadian itu berlaku sebelum atau selepas tragedi tersebut.
Namun, hakikat bahawa video tersebut telah dimuat naik dalam tempoh yang begitu singkat pasca serangan meningkatkan kemungkinan insiden tersebut memang betul-betul berlaku.
Video di bawah menunjukkan ahli kakitangan ZARA memberitahu seorang wanita yang memakai hijab bahawa pelanggan yang ingin masuk tidak dibenarkan untuk memakai apa-apa di atas kepala mereka.
Kakitangan itu malah berkata dalam bahasa Perancis, “Kemungkinan, jika berlaku perubahan tetapi bukan saya yang membuat peraturan di sini.” -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6apVLiKBffI]