Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Bot Nelayan Vietnam...

SANDAKAN - Dua bot nelayan Vietnam bersama 29 kru dan tekong ditahan oleh...

Pengangkutan Awam: Sistem Pembayaran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) dilaksanakan sepenuhnya...

Krisis PKR Sabah… Ramai...

KOTA KINABALU - Belum pun reda PKR terkejut dengan kehilangan Ahli Parlimen Penampang,...

Korban Covid-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah kematian koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 170,000 pada hari...

Isu Perisa: Peniaga Vape Buat Jualan Penghabisan Stok

ISU vape menjadi ‘panas’ apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan operasi besar-besaran dengan merampas dan menyita barangan vape termasuk cecair perisa nikotin di seluruh negara.

Susulan mengenai keputusan berkenaan, sesetengah peniaga vape di Shah Alam mengambil tindakan drastik dengan menjalankan jualan ‘penghabisan stok’ perisa rokok elektronik itu.

Bayangkanlah harga seunit perisa dijual pada kadar yang begitu murah, iaitu hanya satu pertiga daripada harga asal jualan.

Ikuti laporan kami di lokasi tapak penjualan yang dijalankan di Seksyen 7, berhampiran stesyen minyak Petronas, pada pukul 10.30 malam Khamis.

Screen Shot 2015-11-07 at 3.58.42 PM
Mohd. Adha Bin Mohd Zuhdi, 32 tahun

Menurut penjual perasa vape, Mohd. Adha Bin Mohd Zuhdi, 32 tahun, dia tidak boleh menerima kewajaran KKM bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

“Saya sendiri sebelum ini merupakan perokok tegar, namun setelah saya mencuba vape kira-kira dua tahun lepas iaitu selepas daripada bulan puasa, saya merasa semakin sihat.

“Tubuh lebih bertenaga disebabkan vape tidak mempunyai bahan kimia tar berbanding rokok biasa,” ujarnya.

Adha juga merasakan jika isu penjualan perisa vape yang mengandungi nikotin bakal dikenakan permit, beliau sedia untuk menerima pelaksanaan peraturan tersebut.


“Jika akan dikenakan cukai, kita ikut je lah, tapi harga jualan tu mungkin akan dirujuk balik disebabkan cukai yang dikenakan akan mempengaruhi kos modal,” katanya.

Screen Shot 2015-11-07 at 3.57.52 PM
Rizal Bin Karim, 32 tahun

Manakala seorang lagi penjual perisa vape, Rizal Bin Karim, 32 tahun; menyifatkan kerajaan tidak seharusnya mengharamkan penjualan vape kerana sehingga kini masih tiada bukti kesan sampingan akibat bahan nikotin yang terkandung di dalamnya.

“Daripada kita merokok, lebih baik kita menggunakan vape, nisbah penggunaan nikotin yang amat kecil di dalam sebotol perisa vape adalah sangat rendah berbanding sebatang rokok yang mempunyai kadar nikotin yang tinggi. So mana lagi ok?,” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju selepas tindakan pihak KKM menyita produk vape, beliau masih tidak mempunyai perancangan sama ada mahu meneruskan atau menjalankan perniagaan lain.

“Disebabkan tindakan KKM dah ‘tarik semua’, kami pun masih tidak tahu lagi ke mana arah tuju selepas ini, macam sekarang ni, kami cuma clear kan stok sahaja takut jika disimpan, kerajaan akan ambush kami pula,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq
Video: Riza Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori