Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri, UMNO Dan...

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya mengakui anggota Kabinetnya daripada Perikatan Nasional (PN)...

25 Kes Baharu Covid-19,...

SEBANYAK 25 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 9,063...

TMJ Tanggung Pembedahan Anak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku...

Anugerah Media Malaysia 2017...

KUALA LUMPUR - Anugerah Media Malaysia 2017 (MMA 2017) kini dibuka untuk pengemukaan...

Video: Lelaki Jerut Anjing Cetus Kemarahan Di Singapura

VIDEO seorang lelaki yang melakukan kezaliman terhadap seekor anjing dengan cara menjerut haiwan berkenaan menerima kritikan hebat pengguna sosial media di Singapura.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium dan lelaki terbabit merupakan seorang pelajar universiti tempatan.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar, anjing yang diseksa lelaki itu kelihatan terhenti nafas dan kaku sambil ekornya bergerak-gerak.

Difahamkan, punca yang menyebabkan anjing itu diperlakukan demikian hanya semata-mata haiwan itu tidak mahu mengikutnya keluar rumah.


Aksi kejam lelaki itu telah dirakam oleh rakannya yang kemudian dimuat naik ke YouTube.

Perbuatan kejam lelaki itu mendapat cemuhan daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan tidak berakhlak.

Malah, tindakan lelaki itu turut dikecam para pencinta haiwan yang berharap agar lelaki itu mendapat pembalasan diatas perbuatan kejamnya itu.

Kami difahamkan pihak Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan (SPCA) negara itu telah mengambil tindakan terhadap si pelaku terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori