KEMUNCULAN perkhidmatan Uber dan Grabcar kebelakangan ini menimbulkan keributan lantaran pemandu teksi konvensional mulai resah sehingga membawa kepada berlakunya beberapa demo bantahan.
Seperti yang diketahui, sesetengah pengguna akan memilih perkhidmatan Uber berbanding Teksi disebabkan ianya lebih mudah dan praktikal.
Kini sebuah video yang memaparkan perbezaan servis diantara Uber dan Teksi menjadi perhatian di media sosial.
Video ini bertujuan sebagai hiburan semata-mata dan telah ditokok tambah hanya untuk memberikan sedikit senyuman dan tawa buat rakyat Malaysia.
Jadi diharapkan jangan mengambil serius tentang video ini yang dibawakan oleh Soya N Cincau.
Apa-apa pun, mungkin sedikit sebanyak ada betulnya ke atas mesej yang cuba disampaikan dalam video ini.
Melalui video juga, kami tertarik denga cerita politik dan bunyi muzik latar belakang dalam teksi tersebut.
Sedikit sebanyak menunjukkan keindahan servis teksi di Malaysia.-MYNEWSHUB.CC