Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Perlis Rampas Barang...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 1,329...

Zahirah Senang Bergandingan Dengan...

TERAJU utama drama 'Duda Pujaan Dara' iaitu Zahirah Macwilson mengakui tidak kisah digandingkan...

Malaysia Kutuk Ujian Nuklear...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear yang dilakukan Korea Utara pada...

88 Peratus Wilayah Gaza...

GAZA - Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah...

Video: Tabung Derma Dicuri Semudah ABC!

SATU video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki mencuri tabung derma di sebuah restoran kini tersebar di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Friends of BN – Barisan Nasional, kejadian dikatakan berlaku di Seksyen 6, Taman Serdang Jaya sekitar jam 11 pagi, semalam.

Suspek yang merupakan seorang pelanggan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu pada mulanya sedang menikmati makanan di premis berkenaan.

Namun tidak berapa lama kemudian, melihatkan keadaan agak ‘selamat’ di premis terbabit, maka bermulalah saat di mana sesetengah manusia memilih untuk menjadi pencuri kerana mempunyai kesempatan berbuat demikian.

Lelaki dalam rakaman dilihat seakan ingin mengambil tisu sebelum bertindak ‘menyambar’ tabung derma lalu menyorokkannya di badan sebelum berlalu pergi.



Curi Tabung Derma Di Restoran Taman Serdang Raya oleh mynewshub

Apa boleh buat, selain kelalaian pekerja-pekerja premis tersebut, tabung derma berkenaan jelas tidak berkunci dan mudah dirembat sesiapa pun.

Kualiti rakaman CCTV juga nampaknya kurang jelas sekaligus menyukarkan pihak berkuasa mengenalpasti suspek dengan mudah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori