VIDEO yang mula viral menerusi laman sosial ini mungkin akan mengubah persepsi serta diskriminasi terhadap kaum Hawa yang meminati sukan bola sepak.
Mana tidaknya, teknik permainan ditunjukkan oleh seorang pemain bola wanita profesional ini ternyata mengagumkan dan hebat berbanding teknik yang digunakan sesetengah lelaki.
Brenda Perez, 21 tahun; seorang pemain bola wanita telah bersetuju untuk menangkis padangan serong golongan lelaki terhadap wanita yang gemar bermain bola sepak.
Sememangnya ramai orang menyatakan sukan tersebut hanyalah untuk kaum Adam dan tidak sesuai dengan wanita.
Namun, semua itu sememangnya salah sama sekali. Brenda telah disolek dan dimekap untuk kelihatan seperti lelaki selama 7 jam dan masuk ke padang untuk bermain dalam sebuah perlawanan bukan dalam liga di Madrid.
Apa yang ditunjukkan oleh Brenda itu sangat menakjubkan dan kesemua lelaki yang berada di situ kelihatan tercengang dan terperanjat selepas wanita itu mendedahkan identiti sebenarnya. – MYNEWHSUB.CC