Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2,148 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,148 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan ia jumlah...

Mukhriz Jangan Heret BN...

KULIM - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta timbalan presiden...

Buruh Indonesia Maut, Kereta...

JOHOR BAHRU - Seorang buruh Indonesia maut apabila kereta jenis Hyundai yang dipandunya...

Malaysia Naib Juara Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Harapan Malaysia untuk melakar sejarah muncul juara Kejohanan Futsal Persekutuan...

Video: Wayne Rooney Tampar Ahli Gusti WWE

BINTANG penyerang Manchester United, Wayne Rooney mencuri perhatian umum apabila bertindak menampar seorang ahli gusti sewaktu acara sukan gusti WWE disiarkan secara langsung, baru-baru ini.

Insiden berlaku apabila Kapten England tersebut yang berada di barisan hadapan penonton, dicabar dua ahli gusti dalam satu acara yang diadakan di Manchester Arena.

Barret atau nama sebenarnya Stuart Bennett dan rakannya, Darren Fletcher memperlekehkan prestasi bola sepak Rooney kebelakangan ini dan telah mencabar pemain MU terbabit dengan berkata “marilah”.

Tak cukup dengan itu, mereka mengejek Rooney dengan menyuruh anak-anak lelakinya yang berdiri di sebelah menyaksikan ‘kegagalan’ bapa mereka.

Tidak dapat menahan marah, Rooney akhirnya menampar salah seorang ahli gusti tersebut yang terus melakukan provokasi di depan mukanya.


Rooney sememangnya dikenali sering terlibat dalam pergaduhan, malah rakaman pergaduhannya dengan rakan sekelab Phil Bardsley pernah tersebar luas.

Jika anda mengikuti Twitter pemain MU tersebut, dia juga pernah disindir oleh Barret yang menuduhnya berpura-pura ‘diving’ dalam satu perlawanan bola sepak.

Rooney membalasnya dengan menulis di media sosial yang sama: “Saya akan panggil Stone Cold Steve Austin yang sedang bersara untuk belasah kau. Haha”. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori