Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Negara Lulus 5...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara, hari ini meluluskan lima Rang Undang-undang (RUU) termasuk...

Najib Harap Kerangka CoC...

MANILA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerangka bagi...

Rozita Che Wan Berseluar...

PELAKON Rozita Che Wan sekarang tengah bercuti bersama ahli keluarganya di kota London...

Remaja 14 Tahun ‘Kelentong’...

KLANG: Remaja perempuan 14 tahun yang mendakwa diculik Disember lalu, mengaku bersalah atas...

Wanita Dail 911 Untuk Pesan Rokok Dan ‘Chicken Wings’

TERDAPAT kes yang tidak terkira banyaknya tentang bagaimana nombor panggilan kecemasan 911 disalahguna, terutama melibatkan orang mabuk disebabkan pengaruh alkohol atau dadah.

Terdapat juga beberapa kes lain, di mana orang memanggil 911 untuk mengadu tentang sesuatu yang bodoh dan tidak masuk akal sama sekali. Antaranya termasuklah kisah seorang wanita yang kini menjadi viral, selepas dia menelefon 911 bagi memesan rokok dan chicken wings panas untuk dinikmati.

Wanita dari Clermont, Florida, Amerika Syarikat itu mendakwa dia perlukan bantuan kerana lapar, kehabisan rokok dan terlalu mabuk untuk memandu ke kedai.

Pemanggil yang telah dikenal pasti sebagai Liann Gae Watson, 45 itu memberitahu polis bahawa dia memerlukan seseorang untuk membawakannya rokok dan chicken wings.

Apabila sebuah kereta peronda dihantar ke rumah wanita itu, dia terus meminta rokok dan menunjukkan perubahan emosi yang teruk – termasuk menjadi histeria dengan ketawa dan menangis tanpa dapat dikawal.


Akibatnya polis terpaksa menahan wanita tersebut kerana dia menunjukkan tanda-tanda keganasan yang boleh mencederakan orang lain mahu pun diri sendiri.

Wanita itu juga disahkan tidak menerima sebarang rokok atau chicken wings seperti diminta tetapi didakwa kerana menyalahgunakan talian 911. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EiMS-evzQ08]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori