Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Senarai Penuh Kabinet Hanya...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beberapa lagi anggota...

Pasukan Kelantan Lebih Bagus...

KUALA LUMPUR - Kelantan pasukan yang lebih bagus berbanding Perak dalam perlawanan Liga...

Ismail Sabri Jumpa Presiden...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri...

Abang Sado Jadi Wanita...

JIKA anda lihat gambar ini, tentu ada tidak menyangka bahawa ia adalah orang...

Wanita Dilamar Dengan Cincin Diperbuat Daripada Gigi Tunangnya

KISAH percintaan seseorang boleh jadi indah dan unik jika dua insan yang dijodohkan bersama itu memahami antara satu sama lain.

Lihat sahaja pasangan dari California, Amerika Syarikat ini, mereka tidak memerlukan emas permata untuk jadi bukti kisah cinta mereka.

wisdom-tooth-engagement-ring-carlee-leifkes-lucas-unger-26
Carlee Leifkes dan Lucas Unger

Carlee Leifkes dan Lucas Unger telah bertunang pada hari Halloween lalu dan cincin yang diberikan kepada Carlee ternyata menarik perhatian semua orang.

Pada hari bersejarah itu, Lucas melamar Carlee dan memberikan wanita itu sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsunya.

wisdom-tooth-engagement-ring-carlee-leifkes-lucas-unger-21
Sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsu Lucas.

Pasangan unik itu bertemu di festival muzik di tempat asal Lucas di Kanada.

“Bila kami bincang mengenainya, kami berasakan cincin berlian terlalu membosankan. 


“Dia tidak memerlukan berlian untuk membuktikan cintanya. Dia telah tunjukkannya dengan berpindah dari Kanada untuk bersama dengan saya,” kata Carlee.

wisdom-tooth-engagement-ring-carlee-leifkes-lucas-unger-22
Carlee Leifkes dan Lucas Unger

Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengikut cara tradisional dalam berpasangan dan mengapa perlu memulakannya.

Cincin bertakhtakan gigi itu diberikan di hadapan keluarga dan sanak-saudara ketika mereka sedang meraikan pesta Halloween baru-baru ini.

wisdom-tooth-engagement-ring-carlee-leifkes-lucas-unger-20
Carlee Leifkes dan Lucas Unger

Mungkin kisah cinta unik mereka ini boleh jadi ilham buat pasangan lain di luar sana mencorakkan hubungan masing-masing agar jadi lebih ceria kan? – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori