Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penguat Kuasa MBPP Buat...

GEORGE TOWN - Seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan...

Bangla Ni Tak Mengaku...

JIKA anda masih ingat kisah dongeng "Si Tanggang", pastinya anda tahu akan sikapnya...

TH Harap Kuota Penuh...

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengharapkan Malaysia diberikan kuota penuh iaitu...

Jenazah Bayi Beku: Polis...

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan ibu bapa dan doktor berhubung isu mayat...

Wanita Maut Kenderaan Dinaiki Rempuh Treler

SEREMBAN – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebuah treler muatan minyak masak di Kilometer 245.6 arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.35 malam itu, Wizana Moktie, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Mohd Fauzan Hamidon, 44, cedera di mata.

Pemandu treler, R. Murugan, 34, dan kelindannya, M. Navindran, 18, dari Melaka tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu Mohd Fauzan hilang kawalan, sebelum melanggar treler itu di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

“Ketika kejadian permukaan jalan dan cuaca dalam keadaan baik, selain aliran trafik bergerak lancar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA

1 komen

  1. Semoga arwah puan wizana ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Puan wizana sentiasa dlm ingatn kamisemua. Terima kasih diucapkan diatas segala ilmu matematik yg puan curahkan pada kami semua.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori