Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Termasuk 2 Datuk...

PUTRAJAYA - Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga...

Lelaki Rampas Pesawat Di...

DHAKA - Anggota komando Bangladesh pada Ahad menyerbu sebuah pesawat penumpang milik Biman...

USAS Johan Keseluruhan SUPTIM...

KANGAR - Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak muncul johan keseluruhan Sukan Institusi...

Ucapan Anniversary ‘Terlajak Sweet’...

Alahai, siapa sangka pengacara dan penyampai radio Hot FM, AG yang terkenal dengan...

Wanita Muslim Ini Derma A$1 Bagi Setiap Cacian Di Twitter

SYDNEY – Seorang wanita Islam Australia sudah mendermakan hampir A$1,000 (kira-kira RM3,113) kepada badan amal, selepas berikrar memberi A$1 (RM3.10) setiap kali menerima mesej berbaur kebencian di Twitter.

Susan Carland, yang juga pengajar di Universiti Monash di Melbourne, menulis menerusi laman sosial itu pada 22 Oktober bahawa beliau sedia menyumbang derma kepada UNICEF setiap kali menerima komen jahat atau troll.

“Sumbangan derma telah hampir mencecah paras A$1,000. Demi kanak-kanak yang memerlukan… terima kasih kepada semua pembenci!” kata beliau yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa AFP pada Selasa.

Carland berkata, beliau sebelum ini ‘menyekat’ perhubungan dengan troll atau mereka yang menulis komen berbaur kebencian, tetapi beberapa bulan lalu, beliau memutuskan untuk menguruskan sendiri situasi berkenaan.

Caranya pula jelas beliau, cukup unik dengan membuat sesuatu balasan yang lebih baik, namun masih lagi berlandaskan kepada batasan ajaran agama Islam seperti termaktub dalam kitab sucinya, Al-Quran.


“Saya rasa saya perlu aktif melakukan perkara baik di dunia ini untuk setiap mesej kebencian yang saya terima di Twitter,” menurutnya dalam tulisan beliau untuk agensi akhbar tempatan terkenal, FairFax Media.

Carland berkata, setiap Muslim nampaknya menarik perasaan benci dalam kalangan masyarakat netizen, malah antara mesej diterimanya termasuk mahu beliau cepat mati, kutuk gaya fesyennya dan tuduhnya pengganas.

Beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara 500 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia pada 2009 kini menjadi pensyarah pengajian sains sosial dan politik Universiti Monash. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori