Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benar Saiful Pinda...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan permohonan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, untuk meminda...

Gangguan Bekalan Air 76...

GEORGE TOWN - Sebanyak 76 kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Butterworth...

Bekas Naib Pengerusi DAP...

KUCHING: Bekas Naib Pengerusi DAP Sarawak, Wong King Wei mengesahkan tidak akan mempertahankan...

Gerhana Matahari Bukan Petanda...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan kepada umat Islam,...

Warga Bangladesh Terjun Sungai Elak Ditahan Imigresen

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga Bangladesh sanggup bergadai nyawa dengan terjun ke dalam sungai bagi mengelak ditahan Imigresen negeri, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata dalam ‘Ops Sapu’ yang dijalankan pada 4.30 petang itu, pemeriksaan dijalankan di sebuah pusat kitar semula di Alor Mengkudu, Alor Setar dan sebuah kediaman di Mukim Jeneri, Sik.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja di pusat kitar semula itu bagaimanapun berjaya diberkas selepas gagal berenang melintasi sungai kerana arus deras, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 18 lelaki Bangladesh, Nepal (6) dan tiga lelaki dan serta dua wanita warga Kemboja berumur antara 22 hingga 51 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dalam ops berkenaan.


Semua PATI ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sr82icsGv8Q[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori