Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pengguna Perlu Yakin Kepada...

KUALA LUMPUR - Pengguna Malaysia perlu mempunyai lebih kepercayaan kepada ciptaan dan teknologi...

Nilai Jualan Borong, Runcit...

KUALA LUMPUR – Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 9.8...

PH Tidak Pernah Janji...

PETALING JAYA - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata, Pakatan Harapan...

Power!! Lelaki Ini Main...

Sebelum ini kami ada siarkan artikel berkenaan seorang lelaki tua yang diketawakan beberapa...

Warga Emas Terima Padah Ketika Berseronok

GARA-GARA mahu berseronok dengan wanita yang berusia 50 tahun lebih muda daripadanya, seorang warga emas berusia 74 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah dua pil viagra yang ditelannya menyebabkan tekanan darah tinggi.

Ray Boddington, 74, membeli pil berkenaan daripada kawannya di sebuah kelab malam di Manchester selepas berjaya memikat seorang wanita berusia 27 tahun.

Namun ketika dia keluar dari apartment wanita berkenaan, Ray berasa sakit di bahagian dada dan terpaksa memanggil ambulans.

Ketika berada dalam ambulans, pasukan paramedik memberitahunya “ia telah turun… maksud saya tekanan darah awak.”

Pemeriksaan yang dijalankan mendapati bacaan tekanan darah Ray adalah 157/88, iaitu melebihan bacaan normal 140/90.


Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital sehingga tekanan darahnya kembali stabil.

“Saya hanya mengambilnya kerana mereka memberitahu ia baik untuk saya. Saya pernah mengambil sebiji, tapi ini kali pertama saya menelan dua biji sekali gus.

“Wanita itu lebih muda dari saya jadi saya mahu memastikan dia seronok. Saya tidak akan lakukannya lagi,” kata Ray. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori