Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

36 Anggota Kongsi Gelap...

IPOH - Seramai 36 anggota kumpulan kongsi gelap 'Geng 04’ dihadapkan ke Mahkamah...

Pasangan Pensyarah UTeM Direman...

MELAKA - Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka...

Wanita Selamba Naik Tren...

SEBELUM keluar rumah wanita ini terlupa nak tengok cermin gamaknya? Akibatnya dua keping gambar memaparkan...

DAP Tolak Pelawaan Tuan...

KUALA LUMPUR - DAP menolak pelawaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan...

Warga SKMM Diseru 100 Peratus Berintegriti

KUCHING – Pihak yang berkepentingan serta warga Suruhanjaya Komunuikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diseru agar 100 peratus berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi.

“Ia penting kerana dengan integriti dan keutuhan peribadi boleh menjamin keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan seterusnya mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” kata ketua Sektor Perkhidmatan Korporat SKMM, Tengku Zaib Raja Ahmad.

Katanya, integriti merupakan sifat dalaman seseorang dari segi kejujuran, ketelusan, kemuliaan serta amanah dalam melaksanakan tugas seharian.

“Oleh itu, seseorang haruslah 100 peratus berintegriti ketika melaksanakan atau menjalankan sesuatu kerja dan tugas,” katanya ketika berucap merasmikan Program Penerapan Budaya Integriti sempena Hari Integriti SKMM Wilayah Sarawak di sini, hari ini.


Beliau berkata penekanan dan keseriusan SKMM dalam hal ini bertepatan dengan iltizam kerajaan hari ini untuk memperkasakan nilai-nilai integriti.

Sementara itu Ketua Pejabat SKMM Wilayah Sarawak, Roslan Mohamad berkata setiap warga SKMM perlu berintigeriti tinggi kerana maklumat yang disebarkan kepada orang ramai juga perlu berintegriti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori