Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Segera Asing Kuasa Peguam...

KUALA LUMPUR - Pelbagai komen, rujukan dan pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan...

Malaysia Menuju Gelombang E-Pembayaran

KUALA LUMPUR - Malaysia kini diambang gelombang baharu transformasi e-pembayaran, didorong oleh penembusan...

PRU-15: Pelepasan 5 Hari...

Putrajaya : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT)...

Wilayah Persekutuan: Putrajaya, KL,...

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan kekal unggul menerajui kecemerlangan tanpa tercalar atau terpalit...

WIEF Capai Kemajuan Kerana Tidak Melibatkan Politik – Najib

KUALA LUMPUR – Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mencapai banyak kemajuan kerana ia bukan politik dan tidak terperangkap dalam Islam yang kritikal, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“WIEF membincangkan tentang bagaimana kita boleh menggunakan kerjasama ekonomi sebagai alat atau pengantara untuk mewujudkan lebih banyak kekayaan dan memastikan pembangunan stabil dan saksama, serta merapatkan jurang antara dunia Islam dan bukan Islam,” katanya pada sidang akhbar mengenai forum itu di sini, hari ini.

Forum itu diadakan sekali lagi di sini selepas penubuhannya pada 2005.

Najib, yang juga Penaung Yayasan WIEF berkata, terdapat bukti jelas WIEF kini merupakan forum yang diiktiraf global.

“Kita mencapai banyak kemajuan. Kejayaan WIEF sejak diasaskan pada 2005 telah membawanya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Menurut penganjur, WIEF Ke-11 yang berlangsung selama tiga hari (3-5 Nov) di sini menarik 3,069 delegasi terdiri daripada pemimpin global, menteri, penceramah, pempamer dan artis dari 98 negara yang merangkumi lima benua.

Sejak penubuhannya, forum itu mencatatkan pertumbuhan kukuh dari segi penyertaan daripada 600 peserta semasa WIEF pertama pada 2005.

Najib berkata semangat tinggi negara-negara untuk menganjurkan WIEF juga menjadi kriteria bagi mengukur kejayaan WIEF.


Beliau berkata Jakarta akan menjadi hos seterusnya.

“Pertumbuhan kewangan Islam, sedikit sebanyak, boleh dikaitkan dengan peranan WIEF. Banyak negara bukan Islam melancarkan sukuk berdaulat dan ia menyokong London menganjurkan WIEF. Jadi, ia juga satu ukuran kejayaan,” katanya.

Beliau berkata saiz pasaran halal juga berkembang dan peserta sentiasa mahu mengetahui cara Malaysia membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Najib berkata tema forum itu, ‘Membina Daya Tahan bagi Pertumbuhan Saksama’ adalah sesuai memandangkan cabaran yang dihadapi ekonomi global sekarang.

“Kita berdepan tempoh yang mencabar tetapi forum ini akan membolehkan kita mengkaji kemungkinan baharu bagaimana kita boleh menangani cabaran semasa.

“Tema forum ini adalah mengenai PKS, tentang membangunkan daya tahan ekonomi nasional, tetapi pada masa yang sama akan sentiasa memberikan tumpuan khusus mengenai isu-isu berkaitan dengan kewangan Islam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori