Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Operasi Cari Dua Lagi...

KUNDASANG - Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian...

IJF Mohon Maaf Lepas...

PETALING JAYA – Satu laman penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Inter...

Pembangkang Tak Mampu Selesai...

BELURAN - Pemimpin parti-parti pembangkang memainkan isu masalah pembangunan di kawasan luar bandar...

Timbalan Ketua PKR Petra...

KUCHING - Kecewa dengan pergolakan dalaman dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang,...

YaPEIM Tiada Masalah Pengurusan, Hanya Isu Persepsi

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya agensi itu menjadi perhatian hanya kerana persepsi negatif sesetengah pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.

Beliau juga menegaskan bahawa menteri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam soal operasi YaPEIM kerana semuanya tertakluk kepada pengurusannya dan lembaga pemegang amanah agensi itu.

“Jadi menteri atau timbalan menteri tidak ada kuasa untuk campur tangan kecuali jika kami merasakan ada sebarang bentuk penyelewengan, dan dalam kes ini bukan penyelewengan tapi isu persepsi. Tetapi kita akan melihat jika ada sebarang isu tadbir urus.

“Tetapi sebagai menteri dan timbalan menteri kami hanya lihat laporan auditnya, takkan kami nak campur urusan YaPEIM setiap hari, nak tengok apa ketua pegawai eksekutif, presiden atau lembaga pengarah dia buat, kena faham konsep tadbir urus itu,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dr Asyraf juga membidas anggota Parlimen pembangkang agar tidak terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada agensi itu dan menyifatkan mereka sepatutnya menyokong YaPEIM.


YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurus atasannya.

Dakwaan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir itu turut mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, YaPEIM dan peneraju tertinggi yayasan berkenaan yang dituduh menyalah guna dan menyeleweng dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji).

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin dalam kenyataan media hari ini menegaskan YaPEIM dan individu yang terjejas dengan dakwaan itu akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori