Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dasar DAP Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - DAP menegaskan prinsip parti itu tidak akan berubah walaupun berjaya...

Status Quo 2 ADUN...

GEORGETOWN - Status quo dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu...

KPDNKK Promosi GST Melalui...

KUALA LUMPUR - Trend 'selfie' yang menjadi kegilaan masyarakat masa kini 'dimanfaatkan' oleh...

Perodua Pertimbang Lancar Myvi...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang mempertimbangkan untuk melancar...

Yuna Tarik Diri Juara Lagu Kerana Komitmen Kerjaya Di AS

WALAUPUN lagu ciptaannya yang berjudul Lautan berjaya melayakkan diri bertanding untuk separuh akhir Muzik-Muzik edisi ke-30, Yuna terpaksa menolaknya kerana terikat dengan komitmen kerjaya di Amerika Syarikat.

Perkhabaran itu disahkan oleh Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn. Bhd., Muhamad Sufian Che Isa.

Memetik portal mStar, Sufian berkata: “Sebelum ini pun Yuna tidak dapat menyertai dan menggunakan khidmat penyanyi pengganti dan tahun ini dia mengambil keputusan menarik diri daripada berentap di peringkat separuh akhir”.

“Yuna menerusi pihak pengurusannya ada menghantar surat rasmi kepada pihak kami berhubung perkara itu dan pihak kami menerimanya,” katanya.

Senarai 30 Lagu Hits Bertanding Semi Final Muzik-Muzik

Sehubungan itu, secara automatik lagu Hey Kau nyanyian Sandra berjaya menempatkan diri sebagai 30 lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik yang bakal berlangsung pada 22, 29 November dan 6 Disember ini.

“Apabila Yuna menarik diri, lagu Hey Kau yang berada di kedudukan 31 secara automatik naik ke tangga 30 sekali gus melayakkan dia bertanding,” ujarnya.


Lagu ciptaan Yuna berjudul Terukir Di Bintang pernah menggondol trofi Juara Lagu edisi ke-27, dipersembahkan oleh penyanyi gantian yang dipilih sendiri Yuna iaitu Aizat Amdan.

Tahun lalu, gelaran Juara Lagu dimenangi penyanyi hip hop, Joe Flizzow dan Sona One menerusi lagu Apa Khabar.

Tempat kedua pula diraih lagu Masih Aku Cinta nyanyian Shila Amzah sementara tempat ketiga dimenangi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Di Pintu Syurga. – MYNEWSHUB.CC

arits
Penyanyi yang bakal berentap dalam persembahan Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-30.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori